Kadar Sewaan

Hannis Homestay menawarkan kadar sewa harian yang berpatutan seperti berikut:

Bil. 

Malam

Kadar

Harga

Deposit

 1 Malam RM180 RM50
 2 Malam RM340 RM90
3 Malam RM480 RM130
4 Malam RM600 RM200
5 Malam RM700 RM250

*Kami tidak menerima untuk sewaan bulanan

*Deposit akan dipulangkan sekiranya pembatalan tempahan dibuat 3 hari sebelum tarikh check in.


Deposit

Deposit seperti tertera di jadual dikenakan bagi setiap tempahan dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan semasa waktu daftar masuk (check-in). Polisi kami adalah "First Pay, First Served", dimana pengesahan tempahan adalah berdasarkan pelanggan pertama yang membuat bayaran deposit.


Terma dan Syarat

  1. Waktu untuk "Check-in" 2.00 petang dan "Check-out" 12.00 tengahari tertakluk kepada budibicara pengurusan homestay.
  2. Pembatalan tempahan hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh "check in", dan kami akan memulangkan deposit tempahan. Sekirnya pembatalan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh "Check in", deposit tidak akan dikembalikan.
  3. Hannis Homestay hanya menerima tetamu MUSLIM sahaja. Tetamu adalah terdiri daripada ahli keluarga yang mempunyai hubungan MAHRAM atau kumpulan rakan yang sama JANTINA. Ini bagi mengelakkan sebarang kelakuan tidak bermoral dan pandangan negatif jiran-jiran.
  4. Setiap tempahan dihadkan bilangan 12 orang sahaja.
  5. Makanan dan minuman HALAL sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke Hannis Homestay. Minuman Keras/Alkohol tidak dibenarkan sama sekali. Hannis Homestay adalah kawasan LARANGAN MEROKOK.
  6. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.
  7. Menggunakan kemudahan yang disediakan secara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan penghawa dingin (aircond) jika tidak digunakan. Tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
  8. Sila hormati privasi jiran sekeliling, jangan menganggu privasi dan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran bersebelahan homestay.
  9. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas.
  10. Anggaplah Hannis Homestay umpama rumah anda sendiri sepanjang penginapan selari dengan konsep kami PENGINAPAN SEISI KELUARGA SEPERTI RUMAH SENDIRI.

< Kembali Seterusnya >